Selasa, 14 Mei 2013

* Tips 20 Amalan Hebat Pelajar *





Assalamualaikum


Apa khabar semua..sihat??..Alhamdulilah.Kepada pelajar-pelajar yang tahun nie ada exam besar macam UPSR,PMR,SPM,dan STPM jaga la kesihatan korang ya.Jangan lupa amalkan amalan nie.

AMALAN 1-Mengenali Dan Menghormati Mereka Yang Telah Berjaya.
-Dijadikan sebagai idola dan sumber inspirasi kejayaan serta mengambil tahu tentang peribadi dan kejayaan individu yang boleh dijadikan contoh untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi.Selain itu,belajar berdasarkan pengalaman,kecekalan dan usaha mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa sehingga mencapai kejayaan.

AMALAN 2-Jangan Takut Menghadapi Masalah.
-Sentiasa berani dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.Jangan malu atau malas untuk bertanya dan membuat rujukan.Ingat !!! Perlu pupuk sikap berani memberi atau membetulkan fakta sekiranya korang ‘BENAR’.

AMALAN 3-Jangan Bertangguh Lagi.
-Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar secara berterusan.Jangan menangguh-nangguhkan kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru.Mengulangkaji secepat mungkin.Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

AMALAN 4-Kekalkan Peribadi Terpuji dan Kejujuran Diri.
-Sentiasa bersikap jujur pada diri sendiri.Elakkan diri daripada mengamalkan sikap hipokrit.Selain itu,tanamkan sikap amanah dan ringan tulang dalam kehidupan seharian.Serta kekalkan keperibadian menarik ,kemas dan pembersih supaya korang dihormati dan disayangi.

AMALAN 5-Bermuafakat Dengan Rakan-rakan,Bertanding dengan Diri Sendiri.
-Menggunakan teknik belajar  ‘Siapa Cepat Dia Dapat’.Tanamkan sikap mahu menjadi yang terbaik di antara kawan-kawan.Serta menggunakan teknik belajar secara berkumpulan seperti membuat kuiz secara tidak formal di kalangan rakan-rakan bagi menguji tahap kefahaman sesama sendiri.

AMALAN 6-Berusaha Dan Belajar Dengan Lebih Bijak.
-Menggunakan teknik belajar yang berkesan supaya tidak membuang masa.Selain itu,rajin mengkaji dan menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya.Selain itu juga,mempunyai strategi belajar yang betul dan tahu teknik merangsang memori seperti memasukkan maklumat dalam memori,mengingat kembali dan menyimpan maklumat dalam memori.Mempunyai strategi dan teknik mengingat yang lebih menarik dan kreatif.Sebagai contoh,tampal nota penting di dinding,kaedah akronim,dan tukar perkataan,ayat dalam bentuk gambar atau rajah.

AMALAN 7-Manfaatkan Semua Sumber Dan Kemudahan.
-Menggunakan sumber dan bahan rujukan sebaiknya.Selain itu,berkongsi maklumat dan juga soalan bersama rakan-rakan dan cari sumber rujukan lain untuk menambah pengetahuan korang contohnya bahan rujukan dari internet dan majalah pendidikan.

AMALAN 8-Sentiasa Bersiap Sedia.
-Sentiasa peka kepada setiap mata pelajaran yang diajar.Di samping itu,membuat nota kecil dan sentiasa dibawa ke mana-mana.Mempunyai sebuah buku kecil untuk menulis setiap tugasan yang diberi supaya tidak mudah lupa.

AMALAN 9-Bijak Memilih Rakan Bermain Dan Belajar.
-Seimbangkan masa belajar dan beriadah dan mempunyai rakan yang sentiasa mengingatkan dan bukan yang melalaikan.Tidak terpengaruh dengan individu yang dianggap NEGATIF.

AMALAN 10-Mempunyai Keyakinan Diri Yang Tinggi.
-Percaya dan yakin pada diri sendiri serta tidak mudah berputus asa.Mempunyai motivasi diri yang tinggi.

AMALAN 11-Lakukan Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Hasil Lebih Cemerlang.
-Elakkan sikap mudah berpuas hati dengan apa yang dipelajari dan difahami.Sentiasa menanamkan sikap ingin tahu yang tinggi semasa proses pembelajaran serta berani bertanya jika ada rasa ragu-ragu meskipun soalan itu tidak relevan.

AMALAN 12-Disiplin Diri.
-Bijak dan patuh mengikut jadual belajar yang telah dibuat.Pastikan membuat jadual belajar yang mudah diikuti.Menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan.Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.

AMALAN 13-Amalan Berterusan.
-Mula belajar dari awal hingga ke saat peperiksaan.Ulangkaji dan sentiasa betulkan niat dan matlamat belajar.

AMALAN 14-Mempunyai Matlamat Hidup Yang Tepat.
-Meletakkan satu matlamat yang jelas.Membina tembok pemisah antara matlamat dan kemahuan.Selain itu,sentiasa menjadikan matlamat yang diletakkan sebagai sumber kekuatan motivasi diri untuk berjaya.

AMALAN 15-Pemikiran Yang Tajam.
-Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu supaya badan sihat dan otak cerdas.Mengambil makanan tambahan seperti kismis,vitamin,kurma dan sebagainya.Serta menguji tahap kecekapan minda dengan bermain permainan uji minda seperti Scrable,Catur dan sebagainya.

AMALAN 16-Menjaga Pemakanan.
-Elakkan makan makanan yang mempunyai serbuk perasa (maggi mee) dan makanan organ dalaman haiwan seperti otak udang,kepala ikan.Selain itu juga,elakkan memakan jeruk kerana boleh melembapkan otak dan elakkan minum air yang dicemari semut bagi mengelakkan kita mudah lupa.

AMALAN 17-Belajar Melalui Kegagalan.
-Mengambil berat atas kesalahan lalu supaya TIDAK DIULANGI KEMBALI.Ingat !! Kita tidak akan selamanya gagal jika kita berusaha dan belajar untuk berjaya.

AMALAN 18-Menjaga Emosi Diri.
-Pastikan diri sentiasa tenang dan ceria.Tidak berasa cemas ketika menjawab soalan peperiksaan.Ingat ,bersihkan minda dari segala pemikiran negatif.

AMALAN 19-Menyakinkan Diri Semasa Mengambil Peperiksaan.
-Hadapi peperiksaan dengan penuh yakin serta lakukan sehabis baik semasa menjawab soalan peperiksaan.Menyemak jawapan BERULANG KALI SEBELUM masa menjawab tamat.Jangan tinggalkan soalan dengan ruang kosong tanpa jawapan langsung.

AMALAN 20-Muhasabah Diri,Doa Dan Tawakal.
-Haruslah berpuasa,berdoa dan menunaikan solat hajat serta membaca Al-Quran.


KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA:
~Kita ingat 10% apa yang dibaca
~Kita ingat 20% apa yang didengar.
~Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat.
~Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
~Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Yang dapat dikongsikan..

Wassalam & Byeee !!