Ahad, 31 Mac 2013

* Warna & Kesihatan *



Assalamualaikum

Selamat pagi..Selamat menikmati cuaca pada pagi ahad nie.Hari nie Naem mahu kongsi kan 
mengenai rahsia warna dan kesihatan.Naem pasti korang mesti mempunyai warna
kesukaan masing-masing kan.
Tidak kira lelaki mahupun perempuan.Setiap orang mempunyai warna kesukaan yang berbeza-beza.
Warna tu memain peranan dalam kehidupan seharian.Mengenai kesihatan setiap orang pasti akan mengalami masalah seperti sakit kepala,tertekan,dan yang paling pasti masalah mengantuk.Masalah nie sukar diatasi disebabkan kita keletihan,tidak cukup tidur atau sebagainya.
Mesti korang sudah tahu kan...Hah kepada yang belum tahu..Jom baca !!!

 ~ Hilangkan Masalah Sakit Kepala ~
Kajian mendapati bahawa warna merah dapat membantu untuk mengurangkan rasa sakit kepala.
Jika korang mengalaminya ,letakkan tuala lembap yang berwarna merah di atas mata korang.
Ia mampu meningkatkan peredaran dan melonjakkan adrenalin.


 ~ Mengurangkan Tekanan Di Tempat Kerja ~
Korang rasa tertekan?? Cuba fokus kan mata korang kepada sesuatu yang berwarna biru.
Ia berupaya mengurangkan tekanan darah.Cuba ubah 'screen saver' komputer korang kepada 
warna-warna yang dapat membuatkan korang merasa tenang.Sebagai contoh pemandangan di tepi pantai.


 ~ Elakkan Insomnia ~
Jika korang mengalami masalah sukar untuk tidur yang selesa di waktu malam,
apa kata korang mencuba petua ini.Hiasi bilik tidur korang dengan warna merah jambu.
Amat sukar kepada lelaki tetapi amat disukai oleh perempuan.
Kajian mendapati warna ini mampu mewujudkan suasana santai. 
Suasana yang romantik !!!!


~ Ceriakan Mood Anda ~
Apabila korang berasa murang,sedih,atau cuba untuk mengembalikan tenaga korang,
cubala sesuatu yang berwarna jingga.Insyaallah mood korang akan berubah.
Cubala ini kajian yang dibuat..

~ Lenyapkan Keletihan ~
Terdapat pendapat yang mengatakan warna hijau mempunyai kesan positif dalam 
sistem imunisasi.Selain dapat menggalakkan suasana harmoni di dalam badan.

Sekarang korang sudah tahu so tindakan yang selanjutnya daripada korang la..
Mudah-mudahan masalah korang dapat di atasi.Selain itu juga berdoa la kepada Allah agar masalah korang 
dapat di atasi.Okayy la setakat nie saja.

Wassalam & byeee !!!

Sabtu, 30 Mac 2013

* Orang Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka *



Assalamualaikum



Pada cuti nie la Naem dapat meluangkan masa di sini.Hiiishh..lama tak buat entry banyakla sarang labah-labah.Hahah...Hari nie kau (labah-labah) nyah kau,pergi !!!....
Sekarang serious jangan ketawa.Wahai kaum lelaki..!!!..Kaum lelaki cuba la sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kita,sebagai seorang lelaki.
Kaum wanita bersama-sama la kita meringankan beban kaum lelaki.Kaum lelaki sebagai ketua keluarga.Hah sekarang baca entry nie.Selepas itu sama-sama la kita renung-renungkan.Naem sebagai anak lelaki dan juga sebagai seorang abang.Jom..baca!!!!!

* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Maklumat nie pun Naem dapat dari pembacaan Naem..So bila difikirkan rasa nak kongsi pulak hal nie.Ada sesetengah sudah tahu dan sebaliknya.Jom..!!! sama-sama kita banteras.Hal nie juga perlu dititikberatkan.Sekian saja untuk entry hari ini.



Wassalam & byeee !!!