Rabu, 24 April 2013

* Berkumpul Beramai-Ramai !!! Best *



Assalamualaikum

en.google

Nak story sikit.Kalau tak keberatan la..(Aku peduli apa).Hari jumaat lepas kami sekeluarga berkumpul dengan saudara-mara untuk berkunjung ke rumah nenek yang sebelah mummy.Adik-beradik mummy kesemuanya 6 orang,tetapi yang dapat hadir ketika tu 5 (termasuk dengan mummy sekali la nie) so 5 keluarga la.Bawa sekali dengan anak-anak mereka (kiranya sepupu aku la).Bapa saudara Naem (Ayah Long iaitu abang sulong mummy) tak dapat hadir sebab kerja.So,Mummy dan adik-beradiknya pergi ke rumah nenek.Apabila tiba dekat rumah nenek,Naem terkejut sebab nampak lain macam rumah nenek.(Rupa-rupanya diorang berkumpul beramai-ramai sebab mahu merobohkan rumah nenek).

Hal ini kerana,nenek sudah pindah dekat rumah baru.So,rumah tu perlu dirobohkan kerana bimbang tempat tu dijadikan tempat persembunyian mana-mana orang asing.Sebelum bermulanya gotong-royong tersebut,kami sekeluarga makan-makan dulu.Breakfast !!! Mana sempat kitaorang nak breakfast dekat rumah masing-masing.Ketika makan,gempak habis..mana tak nya.Riuh dengan suara bebudak.Memang happy sangat ketika tu,sehingga makan pun mulut nie asyik tersenyum je.Maklumla,kitaorang jarang boleh berkumpul beramai-ramai macam nie.Sedih la juga Ayah Long tak dapat ada bersama.

Selepas makan,barula kitaorang bergotong-royong.Naem tolong yang mana patut je.Tiba-tiba teringat akan sesuatu lalu Naem pergi mengambil sambil senyuman tak lekang dari bibir.Hahh !!! Kamera..Apabila on je nak tangkap gambar terus screen kamera tu jadi gelap tiba-tiba.Naem hairan sangat.(Bukan semalam aku dah suruh akak aku charge ke??)..Naem terus jumpa akak,dan bertanya "akak,bukan semalam Naem suruh akak charge kamera kan??".Akak terus menjawab "Ermm,sorry akak lupa la".Tengok akak Naem lupa ke buat-buat lupa atau hanya alasan.Ingat bolehla tangkap gambar.Tangkap dengan handphone je la..Boleh buat kenangan juga.

Nenek Naem bukan main happy lagi dia.Makan pun senyum,bercakap pun manis..Hissh,nenek..nenek,jangan-jangan mummy ada letak sesuatu tak dalam makanan nenek.Eh,apa aku merepek nie.Haha..ermm,nie mesti mummy letak kasih-sayang nie.Mana tak nya nenek happy,mesti happy sebab dapat kumpul bersama-sama.Naem tengok akak Naem,teruk disakat oleh mak saudara.Kitaorang macam tu la bergurau-senda,gelak sama-sama.Kitaorang semua stop dulu gotong-royong,minum-minum sambil berehat.Selepas tu,bapa saudara,sepupu (yang lelaki) nie bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan.Manakala,yang perempuan nie menyediakan makan tengah hari.

Balik je dari masjid,terus terhidang makanan.Kitaorang makan bersama-sama.Selepas tu,sambung balik kerja bergotong-royong.Sampai ke petang kitaorang bergotong-royong.Tepat pukul 5.15 petang kitaorang berehat sambil mengemas untuk pulang.Sebelum berangkat pulang,mummy dan adik-beradiknya berbincang.Selepas itu,kitaorang bergerak pulang.

Ketika dalam kereta."Miey,apa yang dibincangkan tadi??" (Aku tanya soalan dekat mummy dan berharap mummy memberi jawapannya."Besok pergi lagi rumah nenek.Diorang bercadang untuk buat BBQ".Wahh,tapi ada kelas la (balik kelas aku datang la sorang-sorang).Mesti kalau beritahu ada kelas besok confirm tak bagi datang.Tiba je dekat rumah terus mandi,badan melekit.Malam tu kami sekeluarga tidur dengan nyenyak sangat.Mesti bapa dan mak saudara serta sepupu aku tidur dengan nyenyak juga.

en.google

p/s: mood nak story-mory !!!

Wassalam & byee !!

2 ulasan:

BieLa NaBiLaH berkata...

hahaha..kamera !!!

Tanpa Nama berkata...

best sangat,,dengar kau punyer story-mory kau