Ahad, 14 April 2013

* Mudah Bangun Pagi *



Assalamualaikum

Selamat Malam !!!..


Korang nak tahu tak cara mudah untuk bangun pagi.Tak kira la korang nie bangun pagi untuk ke sekolah,ke tempat kerja,ke kolej,jumpa girlfriend atau boyfriend atau kawan,pergi shopping dan sebagainya.Mesti susah kan mahu bangun pagi.Tambah lagi pada hujung minggu makin susah nak bangun pagi.Dekat sini Naem mahu kongsi untuk mudah bangun pagi.

TIDUR AWAL
Bila korang tidur awal,pada masa yang sama badan korang akan lebih bertenaga.Rasa mengantuk akan berkurang.Ini merupakan cara mudah untuk bangun pagi.Tidur yang secukupnya memudahkan korang untuk bangun dengan segar dan ceria.

NIAT 
Niat bahawa korang mahu bangun awal esok hari.Contoh,esok aku mahu bangun awal iaitu pada pukul 5.30 pagi.Mudah-mudahan aku bangun tepat pada waktu nya.

BANGUN AWAL BERSEBAB
Contoh,aku kena bangun awal sebab................(mahu jumpa kawan,bos mahu jumpa aku,rindu girlfriend aku dan sebagainya).

GUNAKAN ALAT BANTUAN
Guna alat bantuan untuk memudahkan korang bangun pagi.Minta pertolongan daripada ibubapa,kawan-kawan korang serta isteri atau suami korang supaya kejutkan korang daripada tidur.Ini memudahkan korang bangun awal.Selain itu,jam loceng jangan dilupakan.Setkan jam loceng atau telefon korang dan diletakkan berhampiran.

DOA
Sebelum tidur seeloknya kita membaca doa tidur.Mohon perlindungan semasa tidur serta dipermudahkan bangun pagi.

OFF KAN TELEVISYEN DAN KOMPUTER / LAPTOP
Jangan korang sesekali menonton televisyen di tempat tidur dan berhenti la melayari internet pada waktu yang lama sebelum korang tidur.

ULANG BERKALI-KALI
Permulaan memang sukar dilakukan.Oleh sebab itu,korang mesti mengulangi.Makin lama dilakukan makin terbiasa dan satu lagi lakukan dengan terus-menerus tanpa berputus asa.

Cuba la korang amalkan.Seeloknya bermula pagi esok,jangan melakukan sesuatu kerja dengan bertangguh.
Tak adala korang nak kelam-kabut sehinggakan gosok gigi boleh lupa.Maklumlah,mahu cepat.
Tapi ingat kalau abang,pak cik,mak cik,kakak yang bekerja tu,mesti pergi kerja tepat pada waktunya okayy.Ini kerana,bimbang gaji korang akan dipotong.
Bila sudah bangun awal baca la doa bangun tidur ya !!!


Ini je yang boleh Naem kongsikan kepada korang.
*___*

Wassalam & byeee !!!


8 ulasan:

BieLa NaBiLaH berkata...

nice !!!

Kadang-kadang tu memang sukar bangun awal sebab tidur lewat.punca utama !!!!

Tanpa Nama berkata...

nak try la..salah satu..susah betul bangun pagi.nak2 lagi time hujung minggu.

Unknown berkata...

lumrah betul susah bgn awal..

lynmunir berkata...

Good sharing dik, terima kasih dan salam kenal.

Unknown berkata...

hahhaa

Diari Si Froggie berkata...

wasalam.. selamat malam :) tang niat tu memang menjadi.. kalau niat sungguh2 nak bangun pukul 5 pagi. memang sungguh bangun pukul 5 pagi. Allah dengar niat kita :) setuju entry nie sangat bermanfaat.

Unknown berkata...

~Lynn Munir :wc kak,salam perkenalan akak..*__*

~Diari Si Froggie :terima kasih !!!

Tanpa Nama berkata...

thanks !!!