Khamis, 18 April 2013

* Kurangkan Dengkuran Semasa Tidur *



Assalamualaikum



Jawab salam dulu.Jangan tak jawab berdosa.Tak nak cakap banyak la..korang just baca je okayy.Naem buat entry nie pun pasal Naem pun mengalami ini.My mummy cakap Naem kalau tidur berdengkur tu sebab penat sangat.Kalau penat mesti Naem tidur berdengkur,nyenyak sangat.Sehinggakan bom kat sebelah nak meletup pun Naem tak sedar.Kalau sedar pun my mummy yang kejutkan.Sebab aura tangan seorang ibu tu yang mampu menyedarkan Naem.Sayang mummy sangat-sangat.

Korang ada masalah nie ke???..Try la petua nie okayy..Perempuan ke lelaki ke semua boleh cuba.Sebenarnya lelaki yang kuat berdengkur.Sebab penat sangat bekerja seharian kan??
Jom !!! TERJAH ..

URUT

Urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang korang perlukan.

KURANGKAN BERAT BADAN

Jangan makan dalam tempoh 3 jam sebelum korang tidur.So,kalau mahu makan makanla waktu siang diantara pukul 5.00 hingga 6.00 petang.Apabila makan waktu malam korang akan nyenyak tidur sebab perut kenyang.Makin kuat la dengkuran korang.


JANGAN AMBIL PIL TIDUR

Apabila mengambil pil tidur,korang akan tidur dengan nyenyak.So jangan ambil pil tidur kerana apabila tidur nyenyak korang akan berdengkur.Walaupun perlahan tetap berdengkur.

BANTUAN

Gunakan pelekat kawal dengkur seperti Breath Right Nasal Strips yang boleh ditampal pada hidung dan memudahkan pernafasan. 

KURANGKAN BAHAN ALAHAN

Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk. Korang perlu pastikan yang korang sentiasa memasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.



Okayyla..selamat mencuba !!! Naem harap dengkuran korang tu semakin berkurang.

Wassalam & byeee !!!

4 ulasan:

AM berkata...

Waalaikumussalam wbt. Ha'ah! Aku kalau penat sangat pun, mesti berdengkur tidur. Hahaha! :D

Diari Si Froggie berkata...

wasalam.. ha dah jawab dah salam. hehe.. jarang berdengkur, selalu berdengkur pun tgh penat.. boleh suggest kan benda nie dekat abah aida. hehe.. thankz dear. :)

Unknown berkata...

~Arol mubin : iye,memang macam tu kot.

~Diari Si Froggie : sugggest kan la..hehe welcome

Tanpa Nama berkata...

salam perkenalan..time penat je tidur berdengkur