Jumaat, 26 Julai 2013

* SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan *


Selamat Menyambut Bulan Ramadhan , Semua ! Hehe . Kali ni Fie nak buat segmen simple yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan " . Tujuan Fie buat segmen ni untuk berkenalan antara satu sama lain n untuk menambahkan follower n trafik blog korang . Segmen ni bermula pada 13 July 2013 sampai 8 Ogos 2013 11.59 malam Fie hope sangat2 segmen ini mendapat sambutan meriah .

CARA - CARA NAK JOIN

  1. Follow blog CIK FIE
  2. Like fanpage CIK FIE  
  3. Buat satu entri yang bertajuk " SEGMEN Blogwalking Di Bulan Ramadhan "
  4. Copy coding entri  yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri 
  5. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen entri ini


Selasa, 14 Mei 2013

* Tips 20 Amalan Hebat Pelajar *





Assalamualaikum


Apa khabar semua..sihat??..Alhamdulilah.Kepada pelajar-pelajar yang tahun nie ada exam besar macam UPSR,PMR,SPM,dan STPM jaga la kesihatan korang ya.Jangan lupa amalkan amalan nie.

AMALAN 1-Mengenali Dan Menghormati Mereka Yang Telah Berjaya.
-Dijadikan sebagai idola dan sumber inspirasi kejayaan serta mengambil tahu tentang peribadi dan kejayaan individu yang boleh dijadikan contoh untuk berjaya dalam sesuatu bidang yang ingin diceburi.Selain itu,belajar berdasarkan pengalaman,kecekalan dan usaha mereka yang tidak pernah kenal erti putus asa sehingga mencapai kejayaan.

AMALAN 2-Jangan Takut Menghadapi Masalah.
-Sentiasa berani dalam menyelesaikan masalah pembelajaran.Jangan malu atau malas untuk bertanya dan membuat rujukan.Ingat !!! Perlu pupuk sikap berani memberi atau membetulkan fakta sekiranya korang ‘BENAR’.

AMALAN 3-Jangan Bertangguh Lagi.
-Tidak menangguh belajar pada saat akhir dan menumpukan peperiksaan sebagai dorongan untuk belajar secara berterusan.Jangan menangguh-nangguhkan kerja rumah atau latihan yang diberikan oleh guru.Mengulangkaji secepat mungkin.Ulangkaji ringkas selepas belajar (kita akan lupa 80% selepas belajar).

AMALAN 4-Kekalkan Peribadi Terpuji dan Kejujuran Diri.
-Sentiasa bersikap jujur pada diri sendiri.Elakkan diri daripada mengamalkan sikap hipokrit.Selain itu,tanamkan sikap amanah dan ringan tulang dalam kehidupan seharian.Serta kekalkan keperibadian menarik ,kemas dan pembersih supaya korang dihormati dan disayangi.

AMALAN 5-Bermuafakat Dengan Rakan-rakan,Bertanding dengan Diri Sendiri.
-Menggunakan teknik belajar  ‘Siapa Cepat Dia Dapat’.Tanamkan sikap mahu menjadi yang terbaik di antara kawan-kawan.Serta menggunakan teknik belajar secara berkumpulan seperti membuat kuiz secara tidak formal di kalangan rakan-rakan bagi menguji tahap kefahaman sesama sendiri.

AMALAN 6-Berusaha Dan Belajar Dengan Lebih Bijak.
-Menggunakan teknik belajar yang berkesan supaya tidak membuang masa.Selain itu,rajin mengkaji dan menjawab soalan peperiksaan tahun-tahun sebelumnya.Selain itu juga,mempunyai strategi belajar yang betul dan tahu teknik merangsang memori seperti memasukkan maklumat dalam memori,mengingat kembali dan menyimpan maklumat dalam memori.Mempunyai strategi dan teknik mengingat yang lebih menarik dan kreatif.Sebagai contoh,tampal nota penting di dinding,kaedah akronim,dan tukar perkataan,ayat dalam bentuk gambar atau rajah.

AMALAN 7-Manfaatkan Semua Sumber Dan Kemudahan.
-Menggunakan sumber dan bahan rujukan sebaiknya.Selain itu,berkongsi maklumat dan juga soalan bersama rakan-rakan dan cari sumber rujukan lain untuk menambah pengetahuan korang contohnya bahan rujukan dari internet dan majalah pendidikan.

AMALAN 8-Sentiasa Bersiap Sedia.
-Sentiasa peka kepada setiap mata pelajaran yang diajar.Di samping itu,membuat nota kecil dan sentiasa dibawa ke mana-mana.Mempunyai sebuah buku kecil untuk menulis setiap tugasan yang diberi supaya tidak mudah lupa.

AMALAN 9-Bijak Memilih Rakan Bermain Dan Belajar.
-Seimbangkan masa belajar dan beriadah dan mempunyai rakan yang sentiasa mengingatkan dan bukan yang melalaikan.Tidak terpengaruh dengan individu yang dianggap NEGATIF.

AMALAN 10-Mempunyai Keyakinan Diri Yang Tinggi.
-Percaya dan yakin pada diri sendiri serta tidak mudah berputus asa.Mempunyai motivasi diri yang tinggi.

AMALAN 11-Lakukan Sesuatu Yang Lebih Baik Untuk Hasil Lebih Cemerlang.
-Elakkan sikap mudah berpuas hati dengan apa yang dipelajari dan difahami.Sentiasa menanamkan sikap ingin tahu yang tinggi semasa proses pembelajaran serta berani bertanya jika ada rasa ragu-ragu meskipun soalan itu tidak relevan.

AMALAN 12-Disiplin Diri.
-Bijak dan patuh mengikut jadual belajar yang telah dibuat.Pastikan membuat jadual belajar yang mudah diikuti.Menyiapkan kerja sekolah pada masa yang ditetapkan.Sentiasa berada dalam keadaan kemas dan teratur.

AMALAN 13-Amalan Berterusan.
-Mula belajar dari awal hingga ke saat peperiksaan.Ulangkaji dan sentiasa betulkan niat dan matlamat belajar.

AMALAN 14-Mempunyai Matlamat Hidup Yang Tepat.
-Meletakkan satu matlamat yang jelas.Membina tembok pemisah antara matlamat dan kemahuan.Selain itu,sentiasa menjadikan matlamat yang diletakkan sebagai sumber kekuatan motivasi diri untuk berjaya.

AMALAN 15-Pemikiran Yang Tajam.
-Bersenam sekurang-kurangnya 3x seminggu supaya badan sihat dan otak cerdas.Mengambil makanan tambahan seperti kismis,vitamin,kurma dan sebagainya.Serta menguji tahap kecekapan minda dengan bermain permainan uji minda seperti Scrable,Catur dan sebagainya.

AMALAN 16-Menjaga Pemakanan.
-Elakkan makan makanan yang mempunyai serbuk perasa (maggi mee) dan makanan organ dalaman haiwan seperti otak udang,kepala ikan.Selain itu juga,elakkan memakan jeruk kerana boleh melembapkan otak dan elakkan minum air yang dicemari semut bagi mengelakkan kita mudah lupa.

AMALAN 17-Belajar Melalui Kegagalan.
-Mengambil berat atas kesalahan lalu supaya TIDAK DIULANGI KEMBALI.Ingat !! Kita tidak akan selamanya gagal jika kita berusaha dan belajar untuk berjaya.

AMALAN 18-Menjaga Emosi Diri.
-Pastikan diri sentiasa tenang dan ceria.Tidak berasa cemas ketika menjawab soalan peperiksaan.Ingat ,bersihkan minda dari segala pemikiran negatif.

AMALAN 19-Menyakinkan Diri Semasa Mengambil Peperiksaan.
-Hadapi peperiksaan dengan penuh yakin serta lakukan sehabis baik semasa menjawab soalan peperiksaan.Menyemak jawapan BERULANG KALI SEBELUM masa menjawab tamat.Jangan tinggalkan soalan dengan ruang kosong tanpa jawapan langsung.

AMALAN 20-Muhasabah Diri,Doa Dan Tawakal.
-Haruslah berpuasa,berdoa dan menunaikan solat hajat serta membaca Al-Quran.


KAJIAN MENUNJUKKAN BAHAWA:
~Kita ingat 10% apa yang dibaca
~Kita ingat 20% apa yang didengar.
~Kita ingat 50% apa yang didengar dan dilihat.
~Kita ingat 70% apa yang dicakapkan.
~Kita ingat 90% setelah dipraktikkan.

Yang dapat dikongsikan..

Wassalam & Byeee !!

Rabu, 24 April 2013

* Berkumpul Beramai-Ramai !!! Best *



Assalamualaikum

en.google

Nak story sikit.Kalau tak keberatan la..(Aku peduli apa).Hari jumaat lepas kami sekeluarga berkumpul dengan saudara-mara untuk berkunjung ke rumah nenek yang sebelah mummy.Adik-beradik mummy kesemuanya 6 orang,tetapi yang dapat hadir ketika tu 5 (termasuk dengan mummy sekali la nie) so 5 keluarga la.Bawa sekali dengan anak-anak mereka (kiranya sepupu aku la).Bapa saudara Naem (Ayah Long iaitu abang sulong mummy) tak dapat hadir sebab kerja.So,Mummy dan adik-beradiknya pergi ke rumah nenek.Apabila tiba dekat rumah nenek,Naem terkejut sebab nampak lain macam rumah nenek.(Rupa-rupanya diorang berkumpul beramai-ramai sebab mahu merobohkan rumah nenek).

Hal ini kerana,nenek sudah pindah dekat rumah baru.So,rumah tu perlu dirobohkan kerana bimbang tempat tu dijadikan tempat persembunyian mana-mana orang asing.Sebelum bermulanya gotong-royong tersebut,kami sekeluarga makan-makan dulu.Breakfast !!! Mana sempat kitaorang nak breakfast dekat rumah masing-masing.Ketika makan,gempak habis..mana tak nya.Riuh dengan suara bebudak.Memang happy sangat ketika tu,sehingga makan pun mulut nie asyik tersenyum je.Maklumla,kitaorang jarang boleh berkumpul beramai-ramai macam nie.Sedih la juga Ayah Long tak dapat ada bersama.

Selepas makan,barula kitaorang bergotong-royong.Naem tolong yang mana patut je.Tiba-tiba teringat akan sesuatu lalu Naem pergi mengambil sambil senyuman tak lekang dari bibir.Hahh !!! Kamera..Apabila on je nak tangkap gambar terus screen kamera tu jadi gelap tiba-tiba.Naem hairan sangat.(Bukan semalam aku dah suruh akak aku charge ke??)..Naem terus jumpa akak,dan bertanya "akak,bukan semalam Naem suruh akak charge kamera kan??".Akak terus menjawab "Ermm,sorry akak lupa la".Tengok akak Naem lupa ke buat-buat lupa atau hanya alasan.Ingat bolehla tangkap gambar.Tangkap dengan handphone je la..Boleh buat kenangan juga.

Nenek Naem bukan main happy lagi dia.Makan pun senyum,bercakap pun manis..Hissh,nenek..nenek,jangan-jangan mummy ada letak sesuatu tak dalam makanan nenek.Eh,apa aku merepek nie.Haha..ermm,nie mesti mummy letak kasih-sayang nie.Mana tak nya nenek happy,mesti happy sebab dapat kumpul bersama-sama.Naem tengok akak Naem,teruk disakat oleh mak saudara.Kitaorang macam tu la bergurau-senda,gelak sama-sama.Kitaorang semua stop dulu gotong-royong,minum-minum sambil berehat.Selepas tu,bapa saudara,sepupu (yang lelaki) nie bersiap sedia untuk pergi menunaikan solat jumaat di masjid yang berdekatan.Manakala,yang perempuan nie menyediakan makan tengah hari.

Balik je dari masjid,terus terhidang makanan.Kitaorang makan bersama-sama.Selepas tu,sambung balik kerja bergotong-royong.Sampai ke petang kitaorang bergotong-royong.Tepat pukul 5.15 petang kitaorang berehat sambil mengemas untuk pulang.Sebelum berangkat pulang,mummy dan adik-beradiknya berbincang.Selepas itu,kitaorang bergerak pulang.

Ketika dalam kereta."Miey,apa yang dibincangkan tadi??" (Aku tanya soalan dekat mummy dan berharap mummy memberi jawapannya."Besok pergi lagi rumah nenek.Diorang bercadang untuk buat BBQ".Wahh,tapi ada kelas la (balik kelas aku datang la sorang-sorang).Mesti kalau beritahu ada kelas besok confirm tak bagi datang.Tiba je dekat rumah terus mandi,badan melekit.Malam tu kami sekeluarga tidur dengan nyenyak sangat.Mesti bapa dan mak saudara serta sepupu aku tidur dengan nyenyak juga.

en.google

p/s: mood nak story-mory !!!

Wassalam & byee !!

Khamis, 18 April 2013

* Kurangkan Dengkuran Semasa Tidur *



Assalamualaikum



Jawab salam dulu.Jangan tak jawab berdosa.Tak nak cakap banyak la..korang just baca je okayy.Naem buat entry nie pun pasal Naem pun mengalami ini.My mummy cakap Naem kalau tidur berdengkur tu sebab penat sangat.Kalau penat mesti Naem tidur berdengkur,nyenyak sangat.Sehinggakan bom kat sebelah nak meletup pun Naem tak sedar.Kalau sedar pun my mummy yang kejutkan.Sebab aura tangan seorang ibu tu yang mampu menyedarkan Naem.Sayang mummy sangat-sangat.

Korang ada masalah nie ke???..Try la petua nie okayy..Perempuan ke lelaki ke semua boleh cuba.Sebenarnya lelaki yang kuat berdengkur.Sebab penat sangat bekerja seharian kan??
Jom !!! TERJAH ..

URUT

Urutan dapat membantu mengurangkan ketegangan dan tekanan pada otot-otot utama yang mungkin menjadi penyebab kepada kesukaran untuk tidur nyenyak yang korang perlukan.

KURANGKAN BERAT BADAN

Jangan makan dalam tempoh 3 jam sebelum korang tidur.So,kalau mahu makan makanla waktu siang diantara pukul 5.00 hingga 6.00 petang.Apabila makan waktu malam korang akan nyenyak tidur sebab perut kenyang.Makin kuat la dengkuran korang.


JANGAN AMBIL PIL TIDUR

Apabila mengambil pil tidur,korang akan tidur dengan nyenyak.So jangan ambil pil tidur kerana apabila tidur nyenyak korang akan berdengkur.Walaupun perlahan tetap berdengkur.

BANTUAN

Gunakan pelekat kawal dengkur seperti Breath Right Nasal Strips yang boleh ditampal pada hidung dan memudahkan pernafasan. 

KURANGKAN BAHAN ALAHAN

Pastikan cadar dan selimut bersih daripada habuk. Korang perlu pastikan yang korang sentiasa memasang alat penapis udara sepanjang siang dan malam bagi mendapatkan udara yang bersih dan segar.



Okayyla..selamat mencuba !!! Naem harap dengkuran korang tu semakin berkurang.

Wassalam & byeee !!!

Rabu, 17 April 2013

* Lelaki Kacak / Hensem *



Assalamualaikum



Entry hari nie entah la kenapa nak share tentang tajuk di atas tu.Adakah Naem nie tergolong dalam nie ya???..Korang ada???..Ermm..tak nak cakap banyak la.



1. Dia tidak akan menabur janji-janji manis.
2. Dia tidak akan mengkhianati kepercayaan orang di sekeliling.
3. Dia tidak akan menipu untuk kepentingan diri sendiri.
4. Dia tidak akan meruntuhkan rumahtangga orang di sekelilingnya.
5. Dia tidak akan menyakiti hati perasaan wanita.
6. Dia tidak akan menindas orang yang lemah.
7. Dia tidak akan mencuri hak orang lain.
8. Dia tidak akan menerima rasuah.
9. Dia tidak akan mempermainkan perasaan wanita meskipun isterinya.
10. Dia tidak akan mempergunakan orang lain.

kerana Lelaki kacak atau hensem nie takut dengan balasan Allah di akhirat.Tetapi mereka akan melakukan kebaikan.

1. Lelaki kacak tidak akan melupakan Allah.
2. Seorang yang taat pada Allah dan Rasul.Nya.
3. Sentiasa redha dengan ketentuan ilahi.
4. Sentiasa bersabar menghadapi ujian daripada Allah.
5. Selalu memohon ampun daripada Allah.
6. Lelaki kacak sangat kuat memegang amanah.
7. Seorang yang pemaaf.
8. Sentiasa menerapkan nilai kasih sayang antara mukmin.
9. Sangat takut kepada ujian Allah.
10. Menjadikan jih
ad fisabilillah.


So korang ada tersenarai dekat sini???..Malu nak mengaku !!! Sekarang kan orang perempuan nie selalu cari yang macam nie.Iaitu lelaki yang tidak menyakiti hati mereka tetapi membimbing mereka ke arah kebaikan.Setahu Naem,perempuan nie tak kisah lelaki yang macam mana sewaktu couple tetapi apabila mahu memilih calon suami mereka akan pilih yang macam dekat atas tu.Betul tak???..
Okay..tak nak mengarut ..Korang pertimbangkanla..

Wassalam & byeee !!!

Isnin, 15 April 2013

* Pemilihan Jubah Untuk Lelaki *



Assalamualaikum

Selamat Petang !!!



Hari nie Naem mahu kongsi tentang pemilihan jubah untuk kaum lelaki.
Cadangan pemilihan jubah.

* Pilihan fabrik sangat penting dalam memastikan korang kekal selesa.
* Jangan lupa padanan warna dan aksesori serta kelengkapan lain biar nampak ranggi namun tidak sarat.
* Pilihlah kemasan yang sesuai dengan personaliti korang.
* Pilihlah warna yang bersesuaian dengan warna kulit dan personaliti korang.
* Warna terang tidak sesuai untuk dipadankan tetapi warna sangat penting dalam menyerlahkan ketampanan korang.
* Pastikan potongan yang kemas dan sesuai dengan saiz tubuh dan ketinggian korang.Padanan yang serasi boleh menjadikan penampilan korang lebih segak.

Pendek je entry kali nie.Okayla tak nak lebih-lebih nanti mencarut.

Wassalam & byee !!!


Ahad, 14 April 2013

* Mudah Bangun Pagi *



Assalamualaikum

Selamat Malam !!!..


Korang nak tahu tak cara mudah untuk bangun pagi.Tak kira la korang nie bangun pagi untuk ke sekolah,ke tempat kerja,ke kolej,jumpa girlfriend atau boyfriend atau kawan,pergi shopping dan sebagainya.Mesti susah kan mahu bangun pagi.Tambah lagi pada hujung minggu makin susah nak bangun pagi.Dekat sini Naem mahu kongsi untuk mudah bangun pagi.

TIDUR AWAL
Bila korang tidur awal,pada masa yang sama badan korang akan lebih bertenaga.Rasa mengantuk akan berkurang.Ini merupakan cara mudah untuk bangun pagi.Tidur yang secukupnya memudahkan korang untuk bangun dengan segar dan ceria.

NIAT 
Niat bahawa korang mahu bangun awal esok hari.Contoh,esok aku mahu bangun awal iaitu pada pukul 5.30 pagi.Mudah-mudahan aku bangun tepat pada waktu nya.

BANGUN AWAL BERSEBAB
Contoh,aku kena bangun awal sebab................(mahu jumpa kawan,bos mahu jumpa aku,rindu girlfriend aku dan sebagainya).

GUNAKAN ALAT BANTUAN
Guna alat bantuan untuk memudahkan korang bangun pagi.Minta pertolongan daripada ibubapa,kawan-kawan korang serta isteri atau suami korang supaya kejutkan korang daripada tidur.Ini memudahkan korang bangun awal.Selain itu,jam loceng jangan dilupakan.Setkan jam loceng atau telefon korang dan diletakkan berhampiran.

DOA
Sebelum tidur seeloknya kita membaca doa tidur.Mohon perlindungan semasa tidur serta dipermudahkan bangun pagi.

OFF KAN TELEVISYEN DAN KOMPUTER / LAPTOP
Jangan korang sesekali menonton televisyen di tempat tidur dan berhenti la melayari internet pada waktu yang lama sebelum korang tidur.

ULANG BERKALI-KALI
Permulaan memang sukar dilakukan.Oleh sebab itu,korang mesti mengulangi.Makin lama dilakukan makin terbiasa dan satu lagi lakukan dengan terus-menerus tanpa berputus asa.

Cuba la korang amalkan.Seeloknya bermula pagi esok,jangan melakukan sesuatu kerja dengan bertangguh.
Tak adala korang nak kelam-kabut sehinggakan gosok gigi boleh lupa.Maklumlah,mahu cepat.
Tapi ingat kalau abang,pak cik,mak cik,kakak yang bekerja tu,mesti pergi kerja tepat pada waktunya okayy.Ini kerana,bimbang gaji korang akan dipotong.
Bila sudah bangun awal baca la doa bangun tidur ya !!!


Ini je yang boleh Naem kongsikan kepada korang.
*___*

Wassalam & byeee !!!