Sabtu, 30 Mac 2013

* Orang Lelaki Yang Ditarik Ke Neraka *



Assalamualaikum



Pada cuti nie la Naem dapat meluangkan masa di sini.Hiiishh..lama tak buat entry banyakla sarang labah-labah.Hahah...Hari nie kau (labah-labah) nyah kau,pergi !!!....
Sekarang serious jangan ketawa.Wahai kaum lelaki..!!!..Kaum lelaki cuba la sebaik mungkin untuk melaksanakan tanggungjawab kita,sebagai seorang lelaki.
Kaum wanita bersama-sama la kita meringankan beban kaum lelaki.Kaum lelaki sebagai ketua keluarga.Hah sekarang baca entry nie.Selepas itu sama-sama la kita renung-renungkan.Naem sebagai anak lelaki dan juga sebagai seorang abang.Jom..baca!!!!!

* Ayah
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya. Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.

* Suami
Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak-tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diribukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram dan apabila suami mendiam diri. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal) maka dia akan ditarik oleh isterinya.

* Abang
Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke pula kepada abang-abangnya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM...Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

* Anak Lelaki
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabka n di akhirat kelak...nantikan tarikan ibunya.

Maklumat nie pun Naem dapat dari pembacaan Naem..So bila difikirkan rasa nak kongsi pulak hal nie.Ada sesetengah sudah tahu dan sebaliknya.Jom..!!! sama-sama kita banteras.Hal nie juga perlu dititikberatkan.Sekian saja untuk entry hari ini.



Wassalam & byeee !!!

3 ulasan:

BieLa NaBiLaH berkata...

kaum perempuan pun sama ..jangan mengharapkan orang lelaki untuk mendidik tapi kita kena berusaha..kepada yang belum berubah,korang perlu bersyukur sebab allah msih panjangkan umur korang utk berubah.

Tanpa Nama berkata...

omg !!!

Unknown berkata...

masyaAllah !!!